Umat Islam di provinsi Qinghai, China menyambut Hari Raya Aidilfitri semalam. Pada waktu subuh, sejumlah besar umat Islam tempatan telah berkumpul di Masjid Dongguan, salah satu daripada empat masjid yang terbesar di kawasan barat laut China. Pada kira-kira pukul 8.00 pagi, lebih 100 ribu orang penganut Islam berjemaah di masjid itu.