12 Ribu Bakal Haji China Selamat Tiba di Arab Saudi
2017-08-14 14:24:00 CRI

Pesawat sewa khas kumpulan akhir yang membawa bakal haji China telah selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Medinah pada 12 Ogos lalu. Setakat ini, 12 ribu orang bakal haji dari China telah tiba di Arab Saudi dengan selamat.

Antara mereka, 7,585 orang telah berlepas dari Medinah ke Mekah.

Kumpulan kerja dari Persatuan Islam China bekejasama dengan Arab Saudi menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk menjemput di lapangan terbang, penginapan, makanan, kuarantin, perubatan dan penghantaran bagasi kepada para bakal haji.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China