Setiausaha Agung Persatuan Islam China, Ma Zhongping menghadiri persidangan antarabangsa yang bertemakan "agama Islam di negara sekular kontemporari" yang diadakan di Bishkek, ibu kota Kyrgyzstan pada 27 hingga 29 September lalu.
Beliau telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "tafsir al-Quran, kaum Islam di China bantah ekstremisme". Beliau memperkenalkan langkah dan kejayaan Persatuan Islam China dalam bidang mencegah ekstremisme termasuk penyusunan tafsir al-Quran dalam bahasa Mandarin dan Arab tentang mencintai negara dan kedamaian serta sikap yang sederhana, latihan kepada imam serta tilawatil Quran untuk mempopularkan fahaman Islam yang betul.