Atas undangan Jawatankuasa Mufti Rusia, Persatuan Islam China menghantar seorang peserta menyertai musabaqah tilawatil Quran antarabangsa Rusia ke-18 yang diadakan di Moskow pada 5 hingga 9 Oktober lalu.
Sebanyak 32 orang peserta dari pelbagai negara bertanding dalam pertandingan kali ini. Panel juri dari lima negara iaitu Bahrain, Arab Saudi, Maghribi, Turki dan Rusia. Peserta dari Iran memperoleh nombor satu dalam pertandingan kali ini. Peserta dari China, Ma Mingjie memperoleh hadiah iktiraf.