Tahun ini ulang tahun ke-70 Radio Antarabangsa China (CRI). Sempena sambutan ini, CRI menganjurkan kuiz pengetahuan yang berlangsung dari Jun hingga Oktober 2011. Aktiviti ini diadakan melalui laman sesawang CRI dan juga siaran radio CRI dalam 61 bahasa.
Kuiz
Peraturan
Tarikh: 1 Jun hingga 31 Oktober 2011
Peraturan: Kuiz ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu menjawab soalan dalam talian, dan pengumpulan makalah. Bahagian pertama mengandungi lapan soalan. Peserta dapat menjawab semua soalan dengan betul dan menghantar cerita akan berpeluang untuk menang.
E-mel: mal@cri.com.cn
Alamat: Malay Service, CRI-18, China Radio International, P.O.Box 4216, Beijing, P.R.China 100040
Hadiah
Seramai 10 "Pemenang Khas" akan terpilih daripada kesemua peserta yang menjawab soalan kuiz dengan betul. Mereka akan dijemput melawat China atas tajaan CRI. Selain itu, pemenang hadiah pertama, kedua dan ketiga juga akan mendapat hadiah daripada CRI.
Rujukan
  • Kuiz Pengetahuan Sempena Ulang Tahun Ke-70 CRI (4): Sahabat yang Tidak Pernah Berjumpa

  • Radio Antarabangsa China (CRI) mempunyai ramai pendengar setia di seluruh dunia. Mereka sentiasa mendengar siaran CRI, menumpukan perhatian terhadap perubahan dan perkembangan negara China. Mereka mengenali suara setiap penyiar dan mengikuti siaran mereka tiap-tiap hari.
  • Kuiz Pengetahuan Sempena Ulang Tahun Ke-70 CRI (3): Bahasa Ibunda Anda, Saya Cintainya Juga

  • Apabila mendengar rancangan radio yang disiarkan dalam bahasa ibunda anda, apakah anda berasa bangga dan gembira? Sama ada negara-negara jiran China ataupun negara-negara di tempat yang jauh, rakyatnya boleh mendengar siaran CRI dalam bahasa-bahasa ibunda mereka.
  • Kuiz Pengetahuan Sambutan Ulang Tahun Ke-70 CRI (2): Pencatat Pembangunan China dan Perubahan Situasi Antarabangsa

  • CRI akan menyambut hari ulang tahun ke-70 pada 3 Disember nanti. Dalam tempoh 70 tahun yang lalu, CRI bukan sahaja berperanan untuk memperkenalkan keadaan China yang sebenar kepada rakyat seluruh dunia, malah juga menjadi pencatat situasi antarabangsa yang sering berubah-ubah, dan memberikan sumbangan yang besar untuk meningkatkan persefahaman antara rakyat pelbagai negara.
    Lagi>>
    © China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
    16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040