Tentang CRI
Siaran Bahasa Melayu
 
Login | Daftar
 
Cari:
Laman Utama | Berita | China-ASEAN | PelanconganBudaya TradisiMandarinInteraktifFoto | Kembara F&M
 
Budaya

• Warung Teh Laoshe Beijing

• Layang-layang Tradisional Beijing
Lagi>>
Destinasi Pelancongan
• Istana Kuno
Istana Kuno yang juga dikenali sebagai Kota Larangan Beijing merupakan istana yang didiami oleh 24 orang maharaja pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Sebagai kompleks bangunan zaman purba yang paling luas kawasannya dan yang dipelihara paling baik di dunia, ia disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia oleh UNESCO pada tahun 1988. Kota Larangan Beijing yang luasnya 720 ribu meter persegi dan yang mempunyai lebih 9 ribu buah bilik ini dikelilingi tembok setinggi berbelas-belas meter dan parit pelindung selebar 52 meter.
• Tembok Besar di Badaling
Tembok Besar China yang menjadi lambang bangsa China ini panjangnya 6700 kilometer dan merupakan salah satu binaan yang paling menakjubkan di dunia. Tembok yang mula dibina pada tahun ke-18 Hongzhi (tahun 1505) ini terletak di bahagian selatan Kaunti Yanqing. Ia merupakan sebahagian daripada projek pertahanan tentera Dinasti Ming yang dipelihara keutuhannya sampai sekarang. Terdapat satu peribahasa China yang menyatakan bahawa orang yang tidak sampai ke Tembok Besar China bukanlah pahlawan yang sebenar.
• Lapangan Tian'anmen
Gerbang besar Tian'anmen yang mula dibina pada tahun 1417 merupakan pintu utama istana Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Nama asalnya ialah Gerbang Cheng Tian yang bererti "gerbang syurga yang aman". Gerbang itu pernah dua kali musnah akibat terbakar. Selepas dibina semula pada tahun 1651, namanya ditukar menjadi Gerbang Tian'anmen. Ia juga diberi gelaran hormat sebagai "Gerbang Negara". Gerbang Tian'anmen merupakan tempat diadakan upacara penting pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Sebagai bangunan tipikal seni bina purba China, ia memperlihatkan kebijaksanaan rakyat China pada zaman kuno.
Lagi>>
Menjejaki Beijing
• Abdul Ghani Abu: Keajaiban Dunia Kesinambungan Tamadun
Kata orang tidak lengkap perjalanan ke Beijing, jika tidak mengunjungi ke dua tempat menarik dan bersejarah. Pertama, Kota Larangan, dan kedua, tembok keajaiban dunia, Tembok Besar China. Seawal lapan pagi penulis dan teman wartawan dari Malaysia dan Indonesia menikmati sarapan pagi di CRI Media Center. Masing-masing sudah teringat kampung halaman, sama ada di Jakarta atau di Bahau, Negeri Sembilan. Begitulah adatnya merantau, hati di kampung, tubuh sahaja di perantauan!
Lagi>>
Masjid
• Masjid Niujie
Masjid Niujie yang dibina pada tahun 996 Masihi merupakan masjid kuno yang paling awal dibina pada penempatan awal penduduk Islam di kawasan sebelah selatan Beijing.
• Masjid Dongsi
Masjid Dongsi dibina pada tahun 1447. Masjid itu merupakan salah sebuah masjid kuno yang terbesar dan terbaik di Beijing.
Lagi>>
Restoran Islam
• Restoran Donglai Shun Cawangan Xiaoyunlu
Pengenalan Ringkas: Luasnya restoran ini kira-kira 650 meter persegi dengan lebih 300 buah kerusi bagi pelanggan. Hidangan Utama: steambot Islam, masakan Islam.
• Restoran Tradisional Baikui Cawangan Longfusi
Restoran Tradisional Baikui ini ditubuhkan pada tahun 1741. Hidangan tradisi yang istimewa, iaitu daging kambing yang dimasak dengan kicap tetap mengekalkan rasa yang tulen sejak sekian lama.
Lagi>>
Makanan Halal
• Steamboat
Steamboat, yang juga dikenali sebagai Hot Pot berasal daripada satu legenda. Kononnya, pada suatu waktu dahulu, Genghis Khan, maharaja pertama zaman Dinasti Yuan telah mengetuai pasukan tenteranya bertempur dengan musuh.
• Wandou Huang
Wandou Huang (Kuih Kacang Kuning) dibuat daripada sejenis kacang kuning, dan rasanya manis.
Lagi>>
Tempat Beli-belah
• Pasar Raya Islam Niujie
Pasar Raya Islam Niujie, yang terletak di Jalan Niujie, Daerah Xuanwu, merupakan pasar raya berskala besar yang menjual produk halal di China.
• Pasar Pakaian Nurenjie
Pasar Pakaian Nurenjie, salah sebuah pasar pakaian yang agak besar di Beijing, ditubuhkan pada 22 September tahun 2001. Ia terletak di kawasan kedutaan besar negara asing di Beijing, iaitu Daerah Chaoyang.
Lagi>>
Maklumat Berguna
• Kedutaan Besar China di Malaysia
• Kedutaan Besar Malaysia di China
• Pusat Perubatan Kecemasan Beijing
• Beijing International Medical Center
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China