Tentang CRI
Siaran Bahasa Melayu
 
Login | Daftar
 
Cari:
Laman Utama | BeritaPelanconganKebudayaan Islam Belajar Mandarin Kenali BeijingChina ABC
 
Pengumuman
Sertai dan pilih "Sepuluh Berita Asia Tenggara yang Paling Penting Tahun 2013" mengikut pendapat anda. Marilah kita mengimbas kembali tahun 2013. Program ini menawarkan "Hadiah Penyertaan" kepada pengundi yang dipilih, buatlah pilihan, anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat daripada CRI. Tarikh program: Program bermula pada 12 Disember dan berakhir pada 30 Disember 2013.
Senarai Pilihan
• Yingluck Hadapi Krisis Politik Paling Serius
Yingluck Shinawatra telah mengumumkan pembubaran Dewan Perwakilan Thailand. Pilihan Raya Dewan Perwakilan penggal baharu bakal diadakan pada 2 Februari 2014.
• Perjanjian Perdagangan Global Pertama WTO Dicapai di Bali
Persidangan Peringkat Menteri ke-9 Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berakhir di Pulau Bali, Indonesia pada 7 Disember lalu. Persidangan tersebut telah mengumumkan "Deklarasi Menteri Bali" dan meluluskan "Pakej Bali".
• ICJ: Kuil Preah Vihear Milik Kemboja
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 11 November lalu telah memutuskan bahawa Kemboja mempunyai hak kedaulatan terhadap Kuil Preah Vihear yang terletak di sempadan negara itu dengan Thailand serta kawasan di sekitarnya, sekali gus menamatkan pertikaian sempadan yang sudah berlarutan lebih 100 tahun.
• Taufan Haiyan Badai Tengah Filipina
Taufan Haiyan yang melanda beberapa provinsi di kawasan tengah Filipina pada 8 November lalu telah meragut 5,796 nyawa dan mengakibatkan hampir 1,800 orang hilang selain 27 ribu lagi cedera setakat 7 Disember lalu.
• Kerajaan Myanmar Berdialog Dengan Kumpulan Bersenjata Etnik Minoriti
Wakil kerajaan Myanmar telah berdialog dengan wakil-wakil 17 buah kumpulan bersenjata etnik minoriti negara tersebut pada 4 hingga 5 November lalu.
More>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China