Cari:
Ucapan Selamat Tahun Baharu 2017 Presiden CRI Wang Gengnian kepada Pendengar dari Seberang Laut
2017-01-01 14:29:04 CRI Cetak

Menjelang tahun 2017, Presiden Radio Antarabangsa China (CRI), Wang Gengnian atas nama semua staf CRI telah menyampaikan salam yang tulus ikhlas kepada para pendengar dari seberang laut menerusi gelombang radio dan internet. Wang Gengnian menyatakan bahawa 2017 merupakan "tahun ayam" menurut kalendar tradisional China yang melambangkan titik permulaan baharu bagi CRI yang sudah bersejarah selama 75 tahun. CRI akan terus berusaha untuk meningkatkan keupayaan dalam menyiarkan maklumat dan menyempurnakan perkhidmatan pada tahun yang baharu supaya membantu rakan rakan seluruh dunia lebih mudah mengetahui dan memahami China sehingga semakin suka akan negara ini.

"Kawan-kawan sekalian yang terhormat, pada masa yang terindah untuk menyambut kedatangan tahun baharu ini, saya bagi pihak CRI, CIBN dan juga nama saya sendiri untuk mengucapkan salam dan Selamat Tahun Baharu kepada anda, semoga anda sejahtera, bahagia dan tenteram.

CRI baru sahaja menyambut Ulang Tahun Ke-75 pada beberapa minggu yang lalu dan menerima banyak ucapan tahniah daripada pendengar serta pengguna internet CRI. Pengguna internet dari India, S.M Ravichandran dalam Facebooknya berkata, "Dari gelombang pendek hinggalah laman web, media sosial dan APP telefon pintar, CRI telah menemani saya sejak sekian lama. Saya berharap CRI semakin maju jaya dan Selamat Ulang Tahun ke-75!" Ucapan tahniah ini bukan sahaja mewakil apa yang mahu diucapkan oleh ramai rakan CRI, tetapi juga memperlihatkan jalan perkembangan CRI yang sejak sekian lama sejajar dengan arus zaman.

Kawan-kawan yang terhormat, ekoran galakan dan perhatian yang anda berikan, CRI mendapat motivasi yang tidak akan habis untuk terus berkembang maju. Perkembangan CRI tidak terlepas dari sokongan kuat para pendengar dari seluruh dunia. Oleh itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda sekalian.

Tahun 2016 telah menyaksikan dunia kita mengalami saat-saat yang kritikal, dan juga menyaksikan China terus berusaha memainkan peranan tersendiri. Kejayaan Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou tidak terlepas dari kecerdasan yang disumbang oleh negara ini, manakala pelaksanaan inisiatif "Satu Jalur Satu Jalan" (B&R) pula mendapat penyokong yang semakin bertambah. China sebagai satu negara gergasi yang bertanggungjawab kelihatan semakin menyerlah di arena antarabangsa.

"Dari manakah datangnya China, dan ke manakah arah perkembangan China" sudah menjadi tumpuan perhatian masyarakat antarabangsa. CRI, sebagai jambatan komunikasi antara China dengan luar negara telah berusaha untuk membantu dunia mengenali dan memahami China.

Dalam tempoh setahun yang lalu, CRI terus mengintensifkan pergabungan dan transformasi media, mendorong kerjasama dengan media luar negara serta menceritakan satu demi satu "kisah China" yang menarik. Penandatanganan perjanjian CRI dengan media dari Rusia, Serbia dan Bangladesh, telah disaksikan oleh Presiden China, Xi Jinping bersama dengan pemimpin ketiga-tiga buah negara tersebut.

Laporan CRI mengenai Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou, tugas makmal angkasa lepas Tian Gong-2 dan penerbangan pembawa angkasawan Shenzhou-11 telah mendapat perhatian luas dan sambutan baik.

Selain itu, CRI berusaha mengadakan kerjasama dengan luar negara sehingga menghasilkan tiga jenama media baru mudah alih pelbagai bahasa yang menyasarkan seluruh dunia, iaitu China News, China Radio dan China TV. Sementara itu, APP mudah alih multi-bahasa termasuk "China-Inggeris", "China-Rusia", "China-Italia", "China-Jepun", "China-Sepanyol" dan "China-India" juga telah beransur-ansur diterbitkan. Pada waktu yang sama, CRI telah menganjurkan banyak aktiviti media seperti "Laluan Sutera China-Rusia", "Persidangan Meja Bulat Pemimpin Media" Forom Asia Boao, "Konsert Persahabatan China-ASEAN 2016" dan "Dialog Mahasiswa China-A.S." dan sebagainya yang terbukti menarik perhatian ramai.

CRI sememangnya mencapai hasil yang cemerlang pada tahun 2016. Jumlah balasan aktif dari pendengar telah melebihi 55.3 juta, kelab pendengar mencatat 4,115, jumlah pengguna laman web CRI Online 260 juta, manakala peminat media sosial melebihi 80 juta. Pengguna internet dari Bulgaria, Valentina Nikolova dalam media sosialnya berkata, "CRI menyediakan 'sayap impian' untuk anda, CRI membantu anda merasai keindahan China, CRI membantu anda merasakan kekuatan dari persahabatan. Berterima kasih kepada kawan kawan dari China."

Perkataan penilaian seumpama itu dipercayai akan menggalakkan CRI terus berusaha dengan sedaya upaya demi impian masa depan.

Tahun depan merupakan "tahun ayam" menurut kalendar tradisional Cina. Ayam jantan berkokok menandakan ketibaan hari yang baharu dan permulaan kerja untuk sehari. Bagi CRI yang sudah berusia 75 tahun, tahun yang baharu membawa makna permulaan yang baru. Kami akan terus meningkatkan keupayaan dalam menyiarkan maklumat dan menyempurnakan perkhidmatan untuk membantu anda lebih mudah mengetahui dan memahami China sehinnga semakin suka akan negara ini.

Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada anda sekalian. Sekian, terima kasih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China