Cari:
Hainan, Palawan Jalin Persahabatan
2017-07-24 14:56:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Provinsi Hainan, China dan Palawan, Filipina memeterai satu perjanjian untuk menjalinkan persahabatan.

Perjanjian itu hasil pertemuan antara Gabenor Hainan, Liu Cigui dengan Gabenor Palawan, Jose Alvarez, dalam tempoh lawatan ke Filipina, 21 Julai lalu.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, Hainan akan menawarkan 50 biasiswa penuh bagi guru dan pelajar dari Palawan yang berminat melanjutkan pengajian ke Hainan.

Hainan juga akan menghantar guru bahasa Mandarin untuk mengendalikan kursus pendek bagi para penjawat awam di Palawan.

Pada malam hari yang sama, lapan projek kerjasama turut dicapai termasuk surat hasrat bandar Haikou, Hainan dan Tagum, Filipina menjalinkan persahabatan serta kerjasama antara HNA Group dengan Philippine Airlines.

Selain itu, lima perjanjian kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan yang bernilai USD200 juta (RM857 juta) ditandatangani, yang merangkumi prasarana, perikanan, pertanian dan automotif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China