Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) akan dirasmikan di Beijing pada pukul 9.00 pagi 18 Oktober ini.
Radio Antarabangsa China (CRI) bakal membuat laporan langsung menerusi radio serta secara dalam talian terhadap majlis perasmian kongres itu menggunakan 40 jenis bahasa, termasuk bahasa Mandarin, Melayu, Indonesia, Inggeris, Jepun, Vietnam, Perancis dan Itali.
Laporan langsung secara dalam talian boleh diikuti melalui aplikasi ChinaNews, China TV dan pelbagai media sosial seperti Facebook dan Wechat.