Cari:
• Radzi: Mendaki Gunung Huashan
Hari dan masa berlalu terlalu pantas. Hari ini sudah masuk hari ketujuh kami berada di bumi China yang indah permai. Tinggal dua hari sahaja untuk kami mengembara dan melakukan penggambaran dokumentari Galeri Nasional RTM di sini. Rasa rindu yang sangat pada teman dan keluarga di Malaysia. Tetapi rasa lebih berat untuk meninggalkan tanah besar ini. Kami sudah jatuh cinta padanya!
• Radzi: Menjejak Bandar Xi'an
Selepas menunaikan solat sunat tahiyatul masjid, kami sempat menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Jika di Malaysia masjid biasanya dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran yang dibuat dari batu mar-mar, di Masjid Xi'an, ayat al-Quran dipahat pada kayu dan berada di dinding masjid. Di bahagian bawahnya pula adalah tafsiran dengan tulisan Cina. Pengalaman dapat merebahkan dahi dan menyembah Allah S.W.T di sini nyata menimbulkan rasa keinsafan pada diri kami. Allahuakhbar!
• Nadrizah: Jatuh Cinta dengan Kota Xi'an
Pertama kali saya menjejakkan kaki di bandar Xi'an, saya rasa sudah jatuh cinta dengan kota ini. Udaranya lebih dingin berbanding daerah Quanzho. Saya dimaklumkan bahawa komuniti Islam lebih ramai di sini iaitu dari etnik Hui. Ada juga kelihatan rakyatnya yang berkopiah putih dan bertudung berjalan-jalan di sekitar kota ini. Namun, saya masih lagi menjejaki kesan-kesan peninggalan Islam di sini.
• Farah: Bertemu Kembali, Wahai Kota Xi'an!
Kota Xi'an ini sememangnya tidak asing lagi bagi saya, memandangkan ini kali ketiga saya melawatnya. Namun begitu, masih banyak yang boleh saya pelajari mengenainya, contohnya industri makanan halal tempatan. Sempena tema "Kembara Muslim", memang sesuailah kami mengadakan pertemuan dengan seorang tokoh peniaga Islam Xi'an, Tuan Haji Abu Bakar Sha Pengcheng. Beliau merupakan presiden Syarikat San Bao Shuang Xi dan mempengerusikan Dewan Perniagaan Syarikat-syarikat Islam Xi'an serta pelbagai pertubuhan lain.
• Radzi: Melawat ke Kota Purba Xi'an
Empat hari sudah berlalu, hari ini merupakan hari kelima kami berada di Tanah Besar China. Jika ditanya perasaan kami, pastinya semakin teruja dan lebih bersemangat bagi meneruskan eksplorasi Kembara Muslim di China. Hati kami semakin dekat dengan Negara ini. Budaya, keindahan alam dan kemajuannya membuka mata kami untuk melihat dan mengenali lebih dekat lagi negara yang mempunyai penduduk lebih daripada 1.3 billion ini.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China