Cari:
• Nadrizah: Catatan Perjalanan di Quanzhou
Hari ini merupakan hari terakhir media Malaysia dan Indonesia tinggal di Quanzhou. Di sebelah pagi, kami telah pergi ke sebuah tempat yang agak terpencil dari kota... Selepas itu, kami dibawa ke satu tempat yang sangat saya nantikan iaitu makam pengikut Rasulullah S.A.W.Makam ini sangat dijaga rapi di sini. Satu kesan yang paling bersejarah. Alhamdulillah, saya berpeluang menyedekahkan Al-Fatihah bagi kedua-dua utusan Rasulullah ini.
• Radzi: Pengalaman Hari Pertama di Quanzhou, Terbaik dari Ladang
Hari ketiga di China, kami menjelajah ke bandar Quanzhou! Perjalanan kami dari Xiamen ke Quanzhou mengambil masa kira-kira sejam melalui jalan darat. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat pemandangan indah di samping udaranya yang sangat nyaman.Quanzhou atau nama lainnya 'Zaitun' merupakan salah satu daripada bandar bersejarah dan mempunyai budayanya yang tersendiri. Ia juga terkenal sebagai bandar pelabuhan selain mempunyai kuil-kuil kuno dan masjid-masjid yang sangat terkenal di serata dunia.
• Nadrizah: Kembara Muslim di Quanzhou
Hari Ketiga Kembara Muslim 2012 , kumpulan media dari Malaysia dan Indonesia bepindah pula ke daerah lain iaitu sebuah bandar yang cukup kecil (Quanzhou). Di sini, tersimpan sejarah-sejarah peninggalan Islam di beberapa kawasan. Secara ringkasnya, Quanzhou merupakan sebuah pelabuhan besar China sejak Dinasti Tang lagi dan hubungan yang wujud antara Arab, China, India dan Malaysia menjadi platform umat Islam terdahulu menyebarkan agama suci ini. Jadi tidak hairanlah jika terdapat kesan-kesan penyebaran Islam di Bandar kecil ini.
• Farah: dari Xiamen ke Quanzhou
Awal hari ini terpaksa kami ucapkan selamat tinggal kepada bandar Xiamen yang cukup menawan. Walaupun berat rasanya hati, tetapi pengembaraan mesti diteruskan. Setelah menaiki bas selama satu jam setengah, kami tiba di bandar Quanzhou yang nampaknya lebih kecil, tetapi tidak kalah hebatnya baik dari segi ekonomi dan perdagangan, mahupun sejarahnya.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China