Cari:
• Radzi: Kembara Muslim di Bumi China Bermula!
Tanggal 15 Sept 2012, kami memulakan perjalanan Kembara ini. Krew dari RTM disertai krew TV Al-Hijrah berlepas ke Xiamen jam 4.55 petang dengan menaiki penerbangan Xiamen airways. Selepas hampir empat jam perjalanan dari KLIA, kami selamat tiba di Bandar Xiamen. Keesokan hari, kami bersama krew dan wartawan daripada Indonesia memulakan jelajah di Bandar Xiamen. Lokasi yang pertama ialah Pulau Gulangyu. Perjalanan ini hanya memakan masa 10 minit dengan menaiki feri. Sememangnya sungguh indah ciptaanTuhan. Dengan berlatarbelakangkan pemandangan laut, suasana di sini cukup mempersonakan.
• Nadzirah: Lawatan ke Pulau Gulangyu
PULAU GULANYU Pulau yang menyimban pelbagai searah dan budaya. Cuaca di daerah ini 30, iaitu tidak terlalu berbeza dengan Malaysia. Pertama kali menjejakkan di Bandar Xiamen, saya sungguh teruja melihat pemandangan yang sangat cantik.(Subhanallah). Untuk ke Pulau Gulangyu, kita perlu menaiki feri yang mengambil masa kira 5 minit sahaja. Sampai di Gulangyu, hati tertanya apa sebenarnya yang menarik di sini? Sedangkan yang ada hanyalah bangunan lama dan tiada langsung kenderaan bermotor.
• Farah: Melawat ke Xiamen
Sebaik sahaja melangkah turun dari bas, serta-merta kami dibelai oleh bayu laut yang nyaman dan berbau kemasin-masinan. Hari ni hari pertama berjalan-jalan di bandar Xiaman. Cuaca cerah, langit pun biru. Seolah-olah Xiamen sendiri mengalu-alukan kedatangan kami. Destinasi untuk hari ini adalah sebuah pulau yang bukan sahaja kaya dengan pemandangan alam semula jadi yang indah, tetapi juga mempunyai pelbagai tarikan lain seperti taman dan muzium. Untuk sampai ke pulau Gulangyu tersebut, kami menaiki feri selama beberapa minit.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China