Kerajaan Wilayah Autonomi Tibet giat meningkatkan pembinaan panggung wayang digital di kawasan kampung yang mensasarkan penduduk di lebih 80% kampung di Tibet dapat menonton filem digital.
Wartawan dimaklumkan oleh jabatan kerajaan Tibet berkenaan, penayangan filem secara wajib di Tibet pada tahun 2009 mencatat 130 ribu buah, dengan jumlah penonton mencapai 14.05 juta orang dan purata dua filem sebulan ditayangkan di setiap kampung.
Selain itu, perkhidmatan siaran radio dan televisyen di Tibet telah meliputi 90% penduduk tempatan.







