China dan Jepun perlu terus meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Menteri Luar China, Yang Jiechi berkata demikian ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Katsuya Okada di Jepun malam tadi.
Menurutnya, China dan Jepun perlu meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, serta menggunakan mekanisme dialog peringkat tinggi China-Jepun untuk mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan. Selain itu, kedua-dua pihak perlu mendorong kerjasama dengan Republik Korea bahkan kerjasama rantau Asia Timur, serta berusaha menyelesaikan masalah dan perselisihan melalui dialog.
Katsuya Okada pula menegaskan, kedua-dua negara perlu terus meningkatkan pertukaran dan kerjasama. Pihaknya bersedia berusaha bersama-sama dengan China mendorong hubungan yang saling menguntungkan mencapai hasil yang baik.







