Cari:
Kerjasama Filipina-China Beri Manfaat kepada Rakyat Kedua-dua Negara
2009-11-20 18:04:59 CRI Cetak

Kerjasama Filipina-China memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara dan membantu Filipina mengatasi kesan negatif krisis kewangan global.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo semasa ditemui Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China, Jia Qinglin.

Beliau menghargai perkembangan dan kejayaan China, dan berpendapat bahawa proses permodenan China amat penting bagi Filipina dan Asia. Beliau menanti-nantikan peningkatan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.

Jia Qinglin pula berkata, China bersedia terus mengembangkan hubungan strategik dengan Filipina supaya memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran
Dengar Dalam Talian
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China