Cari:
Aktiviti Perayaan Tahun Baru China Diadakan di Provinsi Nakhon Sawan, Thailand
2010-02-08 11:31:47 CRI Cetak

Aktiviti sambutan Tahun Baru China diadakan di provinsi Nakhon Sawan, kawasan kediaman orang Cina dan perantau China di bahagian utara Thailand semalam.

Gabenor Provinsi Nakhon Sawan, Kawee Kittisataporn dalam majlis perasmian aktiviti tersebut menyatakan aktiviti itu dianjurkan sebagai sambutan Tahun Baru China di samping menyediakan peluang bagi orang Cina dan perantau China di provinsi tersebut mewarisi adat istiadat dan kebudayaan tradisional China. Menurut beliau, orang Cina dan perantau China di Thailand boleh mendoakan kesejahteraan dan kesihatan untuk sendiri dan keluarga dalam aktiviti yang mempunyai sejarah seratus tahun ini.

Duta Besar China di Thailand, Guan Mu pula menyatakan aktiviti ini dapat meningkatkan lagi persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China