Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah dirasmikan secara menyeluruh pada 1 Januari lalu. Syarikat-syarikat swasta sepatutnya menggunakan peluang tersebut untuk mewujudkan pembangunan.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian Persidangan Ekonomi 1 Malaysia di Kuala Lumpur semalam. Beliau berkata, semua negara ASEAN, termasuk Malaysia perlu mengubahsuai struktur ekonomi untuk menyesuaikan diri dengan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. Beliau menyeru syarikat-syarikat swasta negara itu meningkatkan kecekapan kerja mereka dan menggunakan peluang pembangunan ini.
Datuk Seri Najib berkata, kerajaan Malaysia akan mengambil langkah berkesan, bukannya dasar yang konservatif untuk membantu pedagang mengurangkan impak yang dibawa oleh kawasan perdagangan bebas itu.







