Indeks harga pengguna di Singapura naik 0.2% pada tahun 2009 akibat kenaikan harga bahan makanan dan kos perubatan. Angka ini rendah berbanding kadar kenaikan indeks 6.5% pada tahun 2008.
Demikian hasil kaji selidik yang diumumkan oleh Biro Statistik Negara Singapura semalam.
Indeks harga pengguna di Singapura pada separuh tahun pertama dan kedua 2009 masing-masing naik 0.8% dan menurun 0.4% disebabkan kos perumahan, lalu lintas dan hiburan yang menurun pada separuh tahun kedua tahun lalu.







