Kempen pilihan raya presiden Filipina yang berlangsung selama 90 hari bermula hari ini. Pelbagai calon presiden akan mengadakan aktiviti untuk memenangi hati pengundi untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya tersebut.
Pilihan raya presiden Filipina akan dirasmikan pada 10 Mei tahun ini. 10 orang calon telah dikenalpasti oleh Majlis Pilihanraya Filipina sebagai calon presiden, 8 daripadanya akan bertanding untuk merebut jawatan naib presiden. Selain itu, 12 orang Ahli Senat, 300 Ahli Dewan Perwakilan dan kira-kira 17 ribu orang pegawai kerajaan tempatan akan dipilih oleh kira-kira 50 juta orang pengundi.
Menurut "Pulse Asia" Syarikat Tinjauan Pendapat Rakyat Filipina minggu lalu, kadar sokongan kepada Ahli Senat, Benigno Aquino ke-3, iaitu anak bekas Presiden Filipina, mendiang Puan Corazon Aquino, turun kepada 37% daripada 45% pada bulan Disember tahun lalu. Kadar sokongan keatas Ahli Senat, Manny Villar meningkat kepada 35% daripada 23%.







