Cari:
Mengapa Pergolakan Politik Berlaku di Negara Asia Barat dan Afrika Utara?
2011-03-11 15:11:56 CRI Cetak

Pergolakan politik yang berlaku di negara Asia Barat dan Afrika Utara telah menarik perhatian yang luas di seluruh dunia. Ramai yang menganalisis puncanya. Pakar China mengenai Isu Asia Barat, Tang Jizan mengeluarkan pandangnya sebagai berikut.

Terlebih dahulu, kemiskinan rakyat merupakan punca yang utama. Baik Turnisia, Mesir, Yemen, Algeria, Sudan, Jordan ataupun Maghribi yang kekurangan sumber alam, semuanya hampir ditinggalkan oleh globalisasi ekonomi beberapa tahun kebelakangan ini. Rakayt hidup dengan susah payah tanpa harapan, maka memikirkan pembaharuan kerana kemiskinan.

Kedua, pembahagian yang tidak adil dan jurang beza antara golongan kaya dan miskin amat besar juga mengakibatkan ketidakpuasan hati rakyat. Contohnya, golongan kaya di Mesir hanya merupakan 20% populasi seluruh negara itu, tetapi memiliki 55% harta di masyarakat. Manakala, golongan yang berpendapatan rendah dan golongan miskin merupakan 60%, tetapi hanya mempunyai 18% harta di masyarakat. Ketidakseimbangan pembahagian di masyarakat mengakibatkan ketidakpuasan hati kebanyakan rakyat.

Ketiga, kadar pengangguran yang terus meningkat melahirkan rasa ketidakpuasan golongan muda dan akhirnya berlakulah tunjuk perasaan. Kadar itu mencatat antara 30% hingga 40%, malah 50% di negara tersebut. Walaupun ramai orang muda di Mesir dan Turnisia mendapatkan pendidikan di universiti, namun mereka akan menghadapi pengangguran selepas menamatkan pelajaran di kampus.

Keempat, korupsi kakitangan kerajaan yang serius merupakan sebab utama yang lain.

Kelima, sistem pentadbiran yang ketinggalan zaman berpengaruh negatif kepada pembangunan sosioekonomi dan kemajuan masyarakat. Pemimpin negara di rantau tersebut biasanya memerintah sekian lama. Hal ini mudah mengakibatkan kekakuan sistem.

Dan, Keenam, internet membantu perebakan pergolakan itu. Kerahan pergolakan di Turnisia dan Mesir dilancarkan dan disebar melalui internet dan mikroblog. Selia kawal terhadap internet amat diperlukan di negara tersebut.

Punca yang telah dianalisis di atas bersama-sama mengakibatkan pergolakan di negara Asia Barat dan Afrika Utara.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China