Cari:
China Mahu Perluas Kerjasama Pragmatik dengan Iraq
2011-07-19 18:06:02 CRI Cetak

China sedia untuk bekerjasama dengan Iraq dalam bidang kepentingan bersama termasuk politik, ekonomi dan kebudayaan serta meningkatkan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau.

Presiden China, Hu Jintao menyatakan demikian ketika bertemu dengan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki di Beijing hari ini.

Hubungan kerjasama China dan Iraq boleh diperluaskan lagi menerusi ekonomi, perdagangan bilateral dan sumber tenaga seperti minyak dan gas. China juga menyokong kerajaan baharu Iraq serta pembangunan semula negara itu.

Dalam ucapan balasnya, Nuri al-Maliki berkata, Iraq memandangkan China sebagai rakan kerjasama yang penting. Tegasnya, kerajaannya yang mendokong Dasar Satu China menyambut baik hasrat China untuk meningkatkan kerjasama pragmatik .

Selain bidang konvensional, beliau juga menyarankan kerjasama dalam sektor baharu seperti kemudahan infrastruktur, sains dan teknologi, serta sosiobudaya. Iraq juga menawarkan peluang kepada usahawan China melabur di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China