Cari:
Pergolakan Politik Iraq Mendapat Perhatian Antarabangsa
2011-12-21 13:10:58 CRI Cetak

Badan kehakiman tertinggi Iraq telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Timbalan Presiden, Tariq al-Hashemi yang disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan pada 19 Disember lalu tetapi tidak mengumumkan jadual pelaksanaannya. Selepas tentera Amerika Syarikat berundur dari Iraq, kemungkinan berlakunya pergolakan politik di Iraq mendapat perhatian antarabangsa. Penganalisis berpendapat, ketenteraman awam di negara tersebut mengambil masa yang panjang untuk pulih kembali .

Dalam sidang media yang diadakan di Baghdad, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Iraq baru-baru ini, Mejar Jeneral Adel Daham mengatakan bahawa satu panel kehakiman yang terdiri daripada lima orang hakim mengeluarkan waran tangkap tersebut berdasarkan Artikel Keempat Undang-Undang Anti-Keganasan negaranya. Kementerian Dalam Negeri Iraq juga mengumumkan pengakuan tiga suspek, termasuk dua orang pengawal keselamatan Hashemi. Mereka mengaku melancarkan serangan keganasan atas arahan Hashemi, termasuk serangan di jalanan menggunakan bom dan serangan yang menyasarkan anggota pasukan keselamatan. Setakat ini, lebih 10 orang kakitangan Hashemi ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan. Hashemi turut disekat keluar dari Iraq.

Parti "Senarai Iraq" yang dianggotai oleh Tariq Hashemi merupakan parti politik yang bermusuhan dengan Perdana Menteri, Nuri Kamal al-Maliki. Hashemi merupakan pegawai kanan yang disokong puak Sunni di Iraq. Ketika menjawat jawatan Timbalan Presiden Iraq, beliau selalu mengkritik Maliki dan menganggap dirinya sebagai pembela kepentingan puak Sunni. Maliki dikatakan cuba menghentam puak Sunni dengan menggunakan undang-undang.

Kerajaan Campuran Undang-Undang pimpinan Maliki disokong oleh majoriti puak Syiah, manakala "Senarai Iraq" yang dipimpin oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Ayad Allawi disokong oleh puak Sunni. Kedua-dua puak yang bertentangan tersebut menjadi dua kem politik terbesar Iraq pada masa ini. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Saleh Mohammed al-Mutlaq yang juga penyokong "Senarai Iraq" menyatakan bahawa puaknya akan memboikot sidang kabinet bagi membantah pentadbiran Maliki yang autokratik. Pada 18 Disember lalu, Maliki mengemukakan permohonan kepada Perhimpunan Kebangsaan dan menuntut usul tidak percaya terhadap Mutlaq diluluskan .

Jurucakap Whtie House, Jay Carney berkata, AS telah mengadakan dialog dengan pelbagai parti di Iraq dan

negaranya menggesa pelbagai pihak di Iraq menyelesaikan percanggahan pendapat melalui politik demokrasi dan undang-undang.

Penganalisis menunjukkan bahawa meskipun tentera AS telah berundur dari Iraq, tetapi pelbagai masalah masih wujud di negara itu. Cabaran utama yang kini dihadapi oleh kerajaan Iraq ialah isu politik dan keselamatan rakyat, termasuk perselisihan antara pelbagai puak, konflik agama, isu Kurd serta percanggahan pendapat antara kerajaan pusat dan wilayah. Masalah yang ditinggalkan oleh tentera AS di negara itu boleh dikatakan sukar diselesaikan secara menyeluruh dalam jangka masa yang pendek.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China