Cari:
Merangsang Permintaan Luar Amat Penting bagi Pertumbuhan Ekonomi
2012-08-26 15:19:27 CRI Cetak

China amat mementingkan masalah dan kesukaran dalam perdagangan import dan eksport, dan giat mendorong pertumbuhan eksport agar menyediakan syarat baik bagi pencapaian matlamat pembangunan sosioekonomi pada tahun ini.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri, Wen Jiabao ketika meninjau di Guangzhou, Foshan dan Dongguan, provinsi Guangdong baru-baru ini.

Ekonomi China menghadapi tekanan besar pada tahun ini. Disebabkan kemelesetan pasaran antarabangsa, kadar pertumbuhan perdagangan luar menjadi perlahan, terutamanya di bandar pesisir laut selepas bulan Julai lalu.

Beliau berkata, China akan mengambil beberapa langkah kerana suku tahun ketiga merupakan masa penting bagi mewujudkan matlamat sepanjang tahun. Pertama, melaksanakan dan menyempurnakan dasar eksport. Kedua, mengubah cara pembangunan perdagangan dan menggalakkan syarikat perdagangan luar membina jenama sendiri. Ketiga, mempertingkat import kemudahan teknologi tinggi, dan alat ganti dan barang seharian. Keempat, menangani baik persengketaan perdagangan bagi mengurangkan risiko dan pengaruhnya. Dan kelima, mengoptimumkan penggunaan modal asing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China