Cari:
Bolehkah Jadi Terowong Dasar Laut Malaysia-Indonesia?
2014-01-23 14:08:02 CRI Cetak

Kerajaan Johor Malaysia telah meminta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membuat kajian kebolehlaksanaan bagi pembinaan sebuah terowong sepanjang 17.5 kilometer yang menghubungkan Kukup, Johor dengan Pulau Karimun, Sumatera Timur, Indonesia. Kalau terlaksana, terowong itu akan menjadi terowong dasar laut transnasional pertama di rantau tersebut.

Menurut penyelidikan awal UTM, projek itu memerlukan biaya kira-kira RM 15 bilion dan dijangka selesai dibina dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Pembinaan terowong tersebut akan memakan kos yang lebih rendah daripada pembinaan jambatan, dan tidak akan menjejaskan alam sekitar mahupun mengganggu pelayaran di Selat Melaka. Walau bagaimanapun, rancangan berkenaan masih dalam perbincangan. Ia memerlukan kerjasama dari provinsi Riau, Indonesia.

Sebagai provinsi kedua terkaya di Indonesia, Riau merupakan pusat pengeluaran petroleum dan minyak sawit di negara itu. Negeri Johor juga kaya dengan minyak sawit. Maka, pembinaan terowong itu tidak dapat melengkapi ekonomi satu sama lain.

Sebenarnya, pada tahun 1996, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencadangkan pembinaan jambatan yang merentasi Selat Melaka kepada Presiden Indonesia, Haji Mohammad Suharto. Namun, cadangan itu tidak diterokai berikutan krisis kewangan yang melanda Asia. Pada bulan September lalu, Malaysia mencadangkannya sekali lagi, tapi mendapat reaksi yang kurang memberangsangkan dari Indonesia yang menyatakan menyokong pada prinsipnya, tetapi tidak mustahak melaksanakannya. Maka, prospek projek terbabit perlu diperhatikan lagi.

Syarikat China banyak terlibat dalam pembangunan projek Indonesia dan Malaysia, seperti Jambatan Surabaya-Madura di Indonesia dan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Malaysia. Boleh dikatakan, syarikat pembina China amat kompetitif di rantau Asia Tenggara. Apabila projek tersebut dilaksanakan, syarikat China berkemungkinan besar terlibat dalam pembangunan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China