Cari:
Situasi Thailand Masih Serius
2014-01-27 13:54:16 CRI Cetak

Pengundian awal pilihan raya Thailand diadakan di 375 pusat pengundian semalam. Namun, hampir satu perempat daripada pusat pengundian itu tidak dapat menyelesaikan pengundian ekoran gangguan penunjuk perasaan antikerajaan. Ketua Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand, Phuchong Nutrawong menyatakan, pihaknya sentiasa berpendapat bahawa pilihan raya perlu ditangguhkan, dan mereka akan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra mengenai sama ada menunda pilihan raya atau tidak esok.

Dengan berlangsungnya pilihan raya awal, perselisihan pendapat antara SPR dengan Yingluck semakin menonjol. Sebelum itu, SPR telah menuntut Mahkamah Perlembagaan agar mempertimbangkan penangguhan pilihan raya. Mahkamah Perlembagaan memutuskan bahawa pilihan raya boleh ditangguhkan sekiranya kelancarannya tidak dapat dijamin, namun mesti dipersetujui bersama oleh Perdana Menteri dan SPR. Selepas itu, kerajaan pimpinan Yingluck tidak menunjukkan pendirian yang jelas. Orang ramai bimbang penungguhan pilihan raya bukan lagi tuntutan muktamad penunjuk perasaan antikerajaan.

Pertentangan antara petunjuk perasaan dengan kerajaan selama beberapa bulan ini telah menimbulkan semakin banyak kes keganasan di negara itu. Walaupun pusat bagi memelihara keselamatan dan kestabilan awam bercadang menggesa penunjuk perasaan berundur dari tempat protes supaya badan kerajaan dapat pulih beroperasi, namun pemimpin puak pembangkang, Suthep Thaugsuban menyatakan, tunjuk perasan akan terus diadakan termasuk di tempat yang dilarang oleh undang-undang darurat sehinggalah kerajaan pimpinan Yingluck berjaya digulingkan.

Kini orang ramai lebih bimbang kekacauan di Thailand akan mengakibatkan kerugian negara yang serius dalam jangka panjang. Dekan Fakulti Pembangunan Sosial Universiti Rangsit menyatakan sekiranya situasi hilang kawalan, ia akan mengakibatkan kerugian negara yang amat serius. Unjuran pertumbuhan ekonomi di negara itu pada tahun 2014 telah jatuh daripada 4.5% kepada 3% atau lebih rendah. Warga Thailand tidak mahu kehilangan ketenteraman sosial. Bagaimana menangani pertikaian dan mencapai kompromi merupakan perkara yang mesti dipertimbangkan oleh pemimpin kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China