Dua pemuda Rusia yang diberi julukan Skywalker, Vadim Makhorov dan Vitaliy Raskalov yang menjadi terkenal selepas mendaki piramid di Mesir baru-baru ini telah menyiarkan video dan gambar mereka yang mendaki menara Pusat Shanghai.
Video itu menunjukkan, mereka memasuki tapak pembinaan Pusat Shanghai secara diam-diam lalu mendaki ke puncak kren di atas bangunan tersebut yang setinggi 650 meter tanpa sebarang langkah keselamatan.