Cari:
Jepun Niat Bendung China
2014-04-19 16:27:16 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe kelmarin menyatakan bahawa China cuba mengubah situasi di Laut China Timur dan Laut China Selatan yang wujud sekarang melalui kekuatannya yang semakin meningkat. Dengan itu, Jepun dan masyarakat antarabangsa harus menggesa China sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab perlu membangun secara damai.

Sebagai reaksi terhadap ucapan Abe itu, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam menyatakan bahawa apa yang berlaku pada masa yang lalu telah membuktikan bahawa semua tindakan provokasi dan percubaan untuk mengubah situasi yang wujud sekarang bukannya dilakukan oleh China. China berazam memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah negara sendiri. Serentak itu, China sentiasa bersikap sabar untuk mengekalkan kedamaian dan kestabilan serantau serta komited untuk mengawal dan menyelesaikan pertikaian berkenaan melalui dialog dan rundingan.

Hua Chunying menyatakan bahawa baru-baru ini, pemimpin Jepun selalu menyampaikan ucapan yang salah dengan tujuan yang jelas iaitu mengalihkan perhatian masyarakat antarabangsa, memutarbelitkan fakta serta cuba merapatkan hubungan dengan pihak ketiga untuk membendung China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China