Cari:
Korban Feri Sewol 150 Orang
2014-04-23 12:28:24 CRI Cetak

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) penumpang feri "Sewol" yang karam memasuki hari kelapan. Pasukan penyelam menfokuskan pencarian mangsa yang hilang di kabin tingkat ketiga dan keempat berikutan kebanyakan penumpang dipercayai berkumpul di dewan makan tersebut ketika kejadian itu berlaku. Namun, setakat ini, penyelamat masih gagal menemui laluan dari ruang istirehat ke dewan makan.

Agensi Berita Yonhap melaporkan, angka korban feri karam meningkat kepada 150 orang hari ini, sementara 152 lagi masih hilang ketika usaha SAR terus digiatkan.

Dalam pada itu, Mahkamah Daerah Gwang Ju cawangan Mokpo mengeluarkan waran tangkap terhadap beberapa anak kapal termasuk tiga orang jurumudi.

Difahamkan, kerja menyiasat punca kemalangan itu difokuskan pada pengubahsuaian struktur kapal, memandu melebihi had laju, lebih muatan penumpang dan anak kapal yang tidak bertanggungjawab.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China