Cari:
Singapura, Pusat Urus Niaga RMB Luar Pesisir Kedua Terbesar di Dunia
2014-04-30 13:39:43 CRI Cetak

Menurut Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Dunia (Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication atau SWIFT), jumlah pembayaran dengan RMB di Singapura pada bulan Mac lalu meningkat 29% berbanding bulan Februari, dan meningkat 375% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, iaitu menduduki 6.8% daripada keseluruhan jumlah pembayaran dengan RMB di luar negara. Dengan ini, Singapura mendahului London, sekali lagi menjadi pusat urus niaga RMB luar pesisir kedua terbesar di dunia, selepas Hong Kong.

Singapura mencapai kedudukan tersebut berikutan pasaran ASEAN yang besar dan jumlah perdagangan China-ASEAN yang semakin meningkat. Jumlah perdagangan China-ASEAN pada tahun 2013 mencapai USD 443.61 bilion, meningkat 10.9% berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah pelaburan langsung China ke negara-negara ASEAN mencatat USD 30 bilion pada tahun 2013, yang menubuhkan hampir 2,500 perusahaan di negara ASEAN, manakala ASEAN pula melabur USD 80 bilion di China. Perdagangan dan pelaburan yang skalanya sebegini besar memerlukan perkhidmatan urus niaga RMB yang berjumlah besar.

Selepas Bank Industri dan Perdagangan China (ICBC) mendapat lesen untuk menguruskan pembayaran dengan RMB di Singapura pada tahun lalu, urus niaga tersebut tidak lagi perlu dijalankan menerusi bank di Hong Kong atau Tanah Besar China, dan dapat dilakukan secara langsung di Singapura. Perusahaan ASEAN sudah pasti akan memilih Singapura untuk sebarang urus niaga RMB ekoran lokasinya yang lebih dekat. Ini pula membantu Singapura mendahului Jepun, menjadi pasaran perniagaan mata wang asing terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia pada tahun 2013.

Industri kewangan sentiasa merupakan tonggak utama ekonomi Singapura. Negara ini mula melonggarkan kawalan terhadap pertukaran mata wang asing dalam tempoh 40 tahun lalu, dan giat mengembangkan pasaran kewangan luar pesisir. Ketika krisis kewangan melanda Asia pada tahun 1998, beberapa negara Asia termasuk Malaysia, Thailand dan Indonesia masing-masing melaksanakan pembaharuan kewangan dan dasar kewangan yang lebih terbuka. Memandang dari segi pusat urus niaga RMB luar pesisir, cabaran dari Kuala Lumpur yang mempunyai jumlah perdagangan besar dengan China, menggalakkan Singapura terus melaksanakan pembaharuan kewangan dan mengekalkan kedinamikan dan inovasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China