Cari:
Myanmar Utamakan Ulang Tahun ke-60 Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai
2014-06-27 13:51:48 CRI Cetak

Presiden Myanmar, U Thein Sein atas undangan Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi ke China pada 27 hingga 30 Jun ini, dan menghadiri aktiviti peringatan sambutan ulang tahun ke-60 Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai di Beijing. Sebagai negara yang bersama-sama menganjurkan lima prinsip ini dengan China dan India, pihak rasmi dan rakyat Myanmar mengadakan pelbagai aktiviti sambutan sempena ulang tahun tersebut. Dalam pada itu, mereka turut mengeluarkan rencana yang menyanjung tinggi peranan prinsip ini sebagai panduan Myanmar ketika menetapkan dasar luar, serta sumbangannya bagi memelihara keamanan dan kestabilan dunia.

Jurucakap Presiden Myanmar, Ye Htut menyatakan, aktiviti sambutan yang diadakan di Beijing ini menunjukkan hasrat ketiga-tiga negara penganjur Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai untuk terus mengekalkan prinsip ini dan memberikan sumbangan bagi memelihara keamanan dan kestabilan dunia. Menurutnya, Myanmar, China dan India bersama-sama menetapkan Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai pada 60 tahun lalu. Kini, lima prinsip ini telah diterima sebagai prinsip asas dalam hubungan antarabangsa. Dalam tempoh 60 tahun lalu, prinsip ini telah memainkan peranan positif dalam memelihara keamanan dan kestabilan Asia bahkan dunia.

Ye Htut mengakui bahawa kini memang terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan antara China dengan negara ASEAN. Namun yang lebih penting ialah kedua-dua pihak bersedia untuk menyelesaikan masalah melalui rundingan secara damai. Tegasnya, "perselisihan sesama negara ASEAN, atau antara negara ASEAN dengan China merupakan isu serantau, dan sepatutnya diselesaikan sendiri oleh negara-negara terbabit. Negara di luar rantau ini hanya layak memberikan pandangan. Kesemua masalah di Asia dapat diselesaikan berdasarkan Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai."

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kajian Strategi dan Dasar, Kementerian Luar Myanmar, Yin Yin U berpendapat, setiap prinsip dalam Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai telah menjadi sebahagian daripada undang-undang antarabangsa, bahkan lima prinsip ini telah menjadi asas bagi undang-undang antarabangsa kini. Menurutnya, pengaruh prinsip ini terus meningkat berikutan lebih banyak negara memaktubkannya dalam kenyataan atau perjanjian dua hala. Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai kini masih memainkan peranan penting dalam hubungan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China