Jabatan Meteorologi Beijing mengeluarkan amaran cuaca panas dalam tempoh tiga hari lalu. Di kawasan pusat bandar, suhunya mencatat 37 hingga 39 darjah Celsius, manakala suhu yang paling tinggi dikesan di destinasi pelancongan 13 Makam Maharaja Dinasti Ming(tahun 1368 hingga 1644) yang mencapai 40.8 darjah Celsius. Para penduduk dan pelancong di Beijing mengambil pelbagai langkah untuk menyejukkan diri.