Cari:
Algeria dan Perancis Cari Pesawat Terhempas
2014-07-25 14:59:05 CRI Cetak

Menurut pegawai tentera Algeria, tentera udara negara tersebut dan pihak Perancis mengadakan tindakan bersama mencari dan menyelamat pesawat Syarikat Penerbangan Algeria yang terhempas semalam.

Kerajaan Algeria memohon bantuan kerajaan Mali dan Niger untuk memberikan bantuan dalam tugas menyelamat pesawat yang hilang hubungan di kawasan utara Mali.

Setiausaha Negara Perancis atas Hal-Ehwal Pengangkutan, Lautan dan Perikanan, Frederic Cuvillier berkata, kerajaan Perancis sedang mengenal pasti maklumat berkaitan pesawat itu kerana kemungkinan besar terdapat warga Perancis dalam pesawat tersebut. Selain itu, dua jet pejuang negara itu sudah menyertai misi mencari di utara Mali.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China