Cari:
Ban Ki-moon Gesa Gencatan Senjata Palestin-Israel
2014-07-29 15:58:24 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menggesa Palestin dan Israel melaksanakan gencatan senjata dengan segera dan tanpa syarat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Beliau sekali lagi menuntut supaya gencatan senjata berkekalan diwujudkan sebagai asas kepada rundingan yang inklusif.

Gesaan itu dibuat oleh Ban dalam satu taklimat media di ibu pejabat PBB di New York semalam. Ini kali keempat dalam 48 jam beliau mendesak Palestin dan Israel melakukan gencatan senjata.

Ban menegaskan, Palestin dan Israel bertanggungjawab menamatkan konflik dengan segera dan memulakan dialog.

Menurut statistik jabatan kesihatan Palestin, operasi "Protective Edge" yang dilancarkan oleh Israel sejak 8 Julai lalu sudah mengakibatkan lebih seribu orang Palestin mati, dan lebih 6 ribu orang lagi cedera. Kebanyakan mangsa ialah penduduk awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China