Cari:
AS, EU Kena Sekatan Baharu Terhadap Rusia
2014-07-29 15:59:13 CRI Cetak

Presiden Perancis, Francois Hollande, Presiden AS, Barack Obama, Censelor Jerman, Angela Merkel, Perdana Menteri Britain, David Cameron‎ dan Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi mengadakan perbincangan tentang situasi di Ukraine dan Gaza menerusi telefon semalam. Memandangkan situasi semasa di Ukraine, kelima-lima pemimpin itu bersepakat untuk mengenakan sekatan baharu terhadap Rusia.

Menurut pandangan mereka, Rusia masih belum mengenakan tekanan kepada kumpulan militan di timur Ukraine untuk mengadakan rundingan. Selain itu, Rusia juga tidak melaksanakan tindakan yang konkrit untuk mengawal sempadannya dengan Ukraine, bagi mengelakkan kemasukan senjata ke wilayah Ukraine.  

Menyentuh tentang konflik di Genting Gaza pula, kelima-lima pemimpin itu bersetuju memperkasakan usaha pengantaraan bagi mewujudkan gencatan senjata di kawasan tersebut.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China