Menurut statistik terkini yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam, setakat 11 Ogos lalu, 1,975 kes Ebola disahkan di Afrika Barat, dengan 1,069 kematian.
WHO mendakwa, sebanyak 94% hingga 98% bilangan penduduk yang pernah menyentuh pesakit atau barangan yang sudah tercemar dengan virus Ebola telah dikesan di Guinea, Nigeria dan Sierra Leone.
Dalam pada itu, panel kesihatan awam China tiba di Monrovia, Liberia semalam untuk membantu mengagihkan barang bantuan selain menjalankan latihan teknikal berhubung perlindungan peribadi, penyahjangkitan dan keselamatan biologi kepada jururawat tempatan.
Sebelum ini, dua panel berkenaan yang dihantar China masing-masing tiba di Sierra Leone dan Guinea.








