Cari:
AS Lancar Lagi Serangan Udara Terhadap ISIS
2014-08-31 16:55:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Tentera AS melancarkan serangan udara pusingan baharu terhadap kumpulan pelampau Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIS) di utara Iraq, dan menggugurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk awam yang terperangkap di sana.

Jurucakap Pentagon, John Kirby dalam kenyataan semalam berkata, sasaran serangan udara kali ini terletak berhampiran pekan Amirli, petempatan suku Turkmen, kira-kira 170 kilometer dari Baghdad, dan bertujuan untuk menghalang kumpulan pelampau itu menyerang orang awam tempatan.

Kirby menambah bahawa AS akan terus bekerjasama dengan kerajaan Iraq, PBB serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan yang diperlukan di Iraq.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China