Cari:
Pihak Tentera Pakistan Prihatin Terhadap Kemelut Politik Domestik
2014-09-01 14:56:14 CRI Cetak

Pihak tentera Pakistan mengeluarkan kenyataan malam semalam untuk menyuarakan keperihatian serius terhadap kemelut politik domestik dan kegiatan keganasan berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya tiga orang mati dan 500 lagi cedera dalam pertempuan antara penunjuk perasaan dengan polis yang berlaku di Islamabad, ibu negara Pakistan malam kelmarin.

Pihak tentera dalam kenyataan tersebut menyatakan bahawa di samping menegaskan sokongan terhadap demokrasi, pihaknya memberikan perhatian terhadap kemelut politik dan menganggap tindakan kekerasan yang diakibatkan kemelut itu akan meruncingkan situasi. Pihak tentera menegaskan lagi bahawa masalah sekarang perlu diselesaikan secara politik. Pihak tentera akan komited kepada usaha memastikan keselamatan negara.

Parti Tehreek-eInsaaf Pakistan dan Parti Awami Tehreek Pakistan mengetuai seramai puluhan ribu penyokongnya bertolak dari Lahore pada 14 Ogos dan tiba di Islamabad pada malam 15 Ogos lalu untuk mengadakan perarakan dan tunjuk perasaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China