Cari:
Persidangan Menteri Luar Bincang Atasi IS
2014-09-15 15:45:41 CRI Cetak

Jabatan Presiden Perancis semalam mengeluarkan kenyataan bahawa, Persidangan Antarabangsa Keamanan dan Keselamatan Iraq akan diadakan di Paris hari ini. Menteri-menteri Luar dari lebih 20 negara akan menyertai persidangan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil el-Araby dan pegawai dari PBB dan Kesatuan Eropah akan menyertai persidangan tersebut. Presiden Perancis, Francois Hollande akan menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian.

Persidangan tersebut diadakan untuk mencari satu strategi yang menyeluruh untuk memerangi Negara Islam (IS).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China