Cari:
China-Maldives Capai Persetujuan tentang Pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21
2014-09-16 17:30:20 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Presiden Maldives, Abdullah Yamin di Male semalam. Kedua-dua presiden bersetuju untuk menjalinkan hubungan rakan kerjasama dan persahabatan yang menyeluruh. Lawatan Xi Jinping tersebut juga lawatan pertama Presiden China ke Maldives sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik. Oleh itu, lawatan ini dianggap membuka lembaran baharu bagi hubungan China dan Maldives.

Maldives merupakan negara penting di Lautan Hindi. China dan Maldives mencapai persetujuan tentang pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21. Dalam sidang akhbar selepas pertemuan dengan Presiden Abdullah, Xi Jinping menyatakan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk mengambil peluang pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, keselamatan, penyelidikan sains, perlindungan alam sekitar, pencegahan dan pengawalan bencana laut dan lain-lain.

Presiden Abdullah Yamin yang baru menghadiri majlis perasmian Sukan Olimpik Belia di Nanjing China bulan lepas telah melihat pembangunan China yang pesat. Beliau berkata, Maldives bersedia menjadi salah satu rakan untuk bersama-sama membina Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21. Cadangan Presiden China Xi Jinping tersebut akan merapatkan hubungan China dengan negara-negara jirannya.

Pemimipin kedua-dua negara juga bersetuju untuk menubuhkan mekanisme Suruhanjaya Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Maldives, bersama-sama merancang projek kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, menggalakkan kerjasama infrastuktur dan lain-lain.

Xi Jinping berkata, China akan terus membantu Maldives meluaskan pasaran pelancongan di China dan menyokong perusahaan pelancongan China melabur di Maldives.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China