Cari:
Kerajaan China Anjurkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan
2014-10-01 12:20:45 CRI Cetak

Dalam Majlis Sambutan Hari Kebangsaan anjuran Kerajaan China malam semalam, pucuk pimpinan China, termasuk Presiden Xi Jinping, Perdana Menteri Li Keqiang serta lebih 3,000 orang wakil dari dalam dan luar negara bersama-sama meraikan ulang tahun ke-65 penubuhan Republik Rakyat China.

Presiden Xi dalam ucapannya pada majlis tersebut mengenang kembali pembangunan dan perubahan China dalam 65 tahun yang lalu, dan menegaskan bahawa sejak penubuhan Republik Rakyat China, rakyat China telah menjadi tuan rumah negara, masyarakat dan nasib sendiri. Dengan usaha selama 65 tahun, kekuatan bersepadu negara telah mencapai kemajuan yang luar biasa, kehidupan rakyat turut diperbaiki. Di arena antarabangsa, China mengekalkan dasar luar yang damai dan berdikari sambil berusaha memelihara kedamaian dunia serta menggalakkan pembangunan bersama.

Memandang ke masa depan, Presiden Xi menegaskan bahawa China akan mengekalkan jalan pembangunan secara damai, meneruskan pembaharuan dan inovasi, menggalakkan rakyat memainkan peranan utama dalam penerokaan, dan menjamin hasil pembangunan dikongsikan antara semua rakyat dengan lebih adil. Parti Komunis China (PKC) memainkan peranan penting dalam pembangunan China dan perlu sentiasa bahu-membahu dengan rakyat.

Xi Jinping menyatakan, bagi negara China pada masa ini, mewujudkan kekayaan bersama untuk lebih 1.3 bilion rakyatnya bukan tugas yang mudah. Bagaimanapun, sekiranya semua rakyat bersatu-padu, China akan menjadi gergasi yang sangat kuat.

Menurut beliau, PKC patut meningkatkan perpaduan dalam parti, meningkatkan kerjasama rapat dengan pelbagai parti demokratik yang lain, mengekalkan hubungan erat dengan rakyat, mengukuhkan dan mengembangkan perpaduan pelbagai etnik serta orang Cina di seluruh dunia, membangkitkan kekuatan China dengan semangat China, menggalakkan semua rakyat bersama-sama meneroka prospek cemerlang bangsa China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China