Cari:
APEC Akan Diadakan di Beijing
2014-10-01 13:04:44 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying mengumumkan semalam bahawa China akan menganjurkan pelbagai aktiviti sempena Sidang Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Beijing pada 5 hingga 11 November.

Menurut Hua, sidang pegawai kanan terakhir akan diadakan pada 5-6 November, Mesyuarat Peringkat Menteri APEC ke-26 diadakan pada 7-8 November dan Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-22 pada 10-11 November. Semasa berlangsung sidang tersebut, Sidang Kemuncak Pemimpin Perindustrian dan Perniagaan APEC, Dialog Pemimpin APEC dengan Wakil Majlis Penasihat Perniagaan (ABAC) dan aktiviti lain turut diadakan.

Sidang APEC tahun ini bertemakan "Membina Bersama-sama Hubungan Rakan Asia-Pasifik yang Menghadapi Masa Depan". Hua Chunying menyatakan bahawa melalui usaha dalam tempoh setahun lalu, APEC telah mencapai persepakatan mengenai topik termasuk mendorong integrasi ekonomi serantau, menggalakkan inovasi dan pembangunan ekonomi, pembaharu dan pertumbuhan serta meningkatkan pembinaan infrastruktur dan kesalinghubungan yang menyeluruh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China