Cari:
Wang Yi: China dan A.S. Diharapkan Bersama-sama Atasi Cabaran
2014-10-02 11:16:15 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan rundingan dengan Setiausaha Negara A.S., John Kerry di Washington semalam dan bersama-sama menyertai sidang akhbar selepas rundingan itu. Wang Yi menyatakan bahawa hubungan China-A.S. seperti sebuah kapal gergasi yang melayari di laut, kedua-dua negara ini perlu bersama-sama mengekalkan arah yang tepat dan mengatasi pelbagai masalah dan cabaran.

Atas undangan Kerry, Wang Yi mengadakan lawatan ke A.S. pada 30 September hingga 2 Oktober. Ini merupakan kali kedua bagi Wang melawat ke A.S. sejak beliau menyandang jawatan Menteri Luar China. Wang Yi menyatakan bahawa lawatannya kali ini bukan sahaja adalah lawatan balas terhadap lawatan Kerry ke China pada bulan Julai lalu, tugas yang lebih penting adalah berinteraksi dengan pihak A.S. untuk membuat persiapan bagi Presiden A.S., Barack Obama bakal menghadiri sidang APEC yang akan diadakan di Beijing serta melawat China dan mengadakan rundingan dengan Presiden China.

Ketika membincangkan isu hubungan China-A.S., Wang Yi menegaskan bahawa kepentingan bersama kedua-dua negara ini jauh lebih banyak berbanding perselisihan, bidang kerjasama kedua-dua pihak semakin meluas dan projek kerjasama semakin bertambah. Sebagai negara membangun yang paling besar dan negara moden yang paling besar, tugas yang lebih penting bagi kedua-dua negara adalah membina hubungan kuasa besar baharu iaitu tidak berkonflik, tidak bermusuh, saling menghormati dan bekerjasama untuk mewujudkan situasi menang-menang. Ini sama sekali bersesuaian dengan kepentingan China dan A.S., memenuhi hasrat masyarkat antarabangsa dan juga sejajar dengan arus perkembangan manusia.

Dalam sidang akhbar, John Kerry terlebih dahulu menyampaikan tahniah terhadap Hari Kebangsaan China dan mengalu-alukan lawatan Wang Yi. Beliau menegaskan bahawa A.S. mengalu-alukan kebangkitan China yang damai, makmur dan stabil dan berharap China memikul lebih banyak tanggungjawab di Asia bahkan dunia.

Kerry menyatakan bahawa beliau dan Wang Yi telah menghadiri Perhimpunan PBB pada minggu lalu dan telah membincangkan dengan sikap membina mengenai perubahan iklum, pencegahan wabak Ebola dan memerangi keganasan antarabangsa. Tambah beliau, Presiden Barack Obama menanti-nantikan sidang APEC yang bakal diadakan di Beijing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China