Cari:
Wang Yi: China Menentang Sebarang Kuasa Luar Mencampuri Isu Hong Kong
2014-10-02 13:49:26 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi telah menghuraikan pendirian China terhadap isu Hong Kong ketika menemui pemimpin-pemimpin A.S. dalam tempoh lawatannya di negara itu.

Wang Yi menegaskan bahawa isu Hong Kong sama sekali merupakan urusan dalaman China, sebarang kuasa luar tidak diizinkan untuk mencampuri dalam isu tersebut sebaliknya perlu menghormati kedaulatan China. Ini merupakan prinsip asas hubungan antarabangsa.

Segelintir orang melakukan perhimpunan haram di kawasan paling sibuk dan makmur Hong Kong dan telah menjejaskan tata terbit masyarakat tempatan. Sebarang negara dan masyarakat tidak akan mengizinkan tindakan haram yang tidak mempedulikan sistem undang-undang dan menjejaskan kepentingan awam ini. Wang berkata, China meminta pihak A.S. menunaikan janji yang tidak mencampuri urusan dalaman China. China yakin kerajaan pentabiran khas Hong Kong berkemampuan untuk menangani masalah tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China