Cari:
Kerajaan Hong Kong Seru "Menduduki Kawasan Central" Dihentikan
2014-10-03 11:09:46 CRI Cetak

Jurucakap Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong semalam mengeluarkan kenyataan bahawa, kerajaan dan pihak polis menyeru mereka yang berhimpun di luar ibu pejabat polis dan ibu pejabat kerajaan serta pejabat Ketua Eksekutif meninggalkan kawasan tersebut secara damai dan juga menyeru pihak penganjur gerakan "menduduki kawasan Central" segera menghentikan tindakan haram itu.

Menurut beliau, "menduduki kawasan Central" yang sudah berlarutan selama lima hari sedang membawa pengaruh negatif yang semakin teruk kepada kehidupan penduduk tempatan, ekonomi Hong Kong serta pengoperasian jabatan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan bertanggungjawab untuk melindungi semua bangunan kerajaan termasuk ibu pejabat polis, ibu pejabat kerajaan, pejabat Ketua Eksekutif dan memulihkan pengoperasian yang normal jabatan tersebut. Tindakan berkenaan diharapkan difahami oleh para penduduk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China