Cari:
Masyarakat Hong Kong Seru Pemprotes Berundur
2014-10-06 13:21:38 CRI Cetak

Protes "Duduki Jalan Lingkar Tengah" di Hong Kong memasuki hari kelapan hari ini. Masyarakat tempatan merayu kepada penunjuk perasaan supaya segera berundur dari lokasi perhimpunan dan berharap agar melakukan dialog bagi menyelesaikan isu-isu secara damai.

Persatuan Pembangunan Hong Kong beranggapan, "Duduki Jalan Lingkar Tengah" bukanlah satu pendekatan untuk menyelesaikan masalah, sebaliknya mencetuskan keadaan huru-hara.

Kelab Hok Yau dalam surat terbuka berkata, pelajar yang terlibat dalam protes itu diharap berundur dari tempat perhimpunan dan balik ke sekolah.

Persatuan Agama Buddha Hong Kong menyeru kepada semua pemprotes supaya bertenang dan mempertimbangkan kestabilan masyarakat serta kehidupan rakyat.

Anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Henry Tang dalam kenyataan berkata, pembaharuan sistem politik patut dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan mengikuti Undang-undang Asas serta keputusan kerajaan pusat. Dialog adalah kaedah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah. Beliau yakin, pihak berkuasa Hong Kong telah mendengar suara orang ramai dan bersedia menjalin hubungan komunikasi yang rasional dan pragmatik dengan pihak berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China