Cari:
Pertemuan Peminpin China-Rusia Berhasil
2014-10-15 15:51:21 CRI Cetak

Pertemuan berkala Perdana Menteri China-Rusia ke-19 yang berakhir semalam menyaksikan hasil yang memuaskan, sekali gus memperkasakan kerjasama pragmatik antara kedua-dua pihak.

Demikian dinyatakan PM China, Li Keqiang ketika menemui Presiden Rusia, Vladimir Putin di Istana Kremlin, Moscow petang semalam.

Li berkata, China dan Rusia selalu hormat-menghormati, memperlakukan satu sama lain dengan sama rata, menghormati cara pembangunan yang sesuai dengan keadaan negera masing-masing serta saling memberi sokongan dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan dan prihatin bersama. Mekanisme pertemuan berkala yang wujud sejak sekian lama itu menandakan kestabilan hubungan China-Rusia.

Dalam pada itu, Putin menyuarakan rasa gembira berikutan hubungan dua hala itu yang terus berkembang pesat. Beliau yakin, lawatan peminpin China tersebut pasti akan menyuntik tenaga tambahan bagi kerjasama pelbagai bidang.

Sesudah pertemuan itu, Li Keqiang berlepas ke Roma, Itali untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ke-10 pada 16 hingga 17 Oktober nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China