Cari:
China Terus Berusaha Tingkatkan Keselamatan Bijirin Dunia
2014-10-16 15:16:54 CRI Cetak

Atas undangan Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), Jose Graziano da Silva, Perdana Menteri China, Li Keqiang mengunjungi ibu pejabat pertubuhan tersebut semalam. Ini kali pertama pemimpin China melawat ke ibu pejabat FAO. Li memperkenalkan dasar pembangunan pertanian dan usaha bagi menggalakkan keselamatan bijirin. Menurut beliau, China bersedia berkongsi pengalaman dengan dunia dan menghulur bantuan kepada negara berkenaan.

Sempena "Hari Makanan Sedunia" yang jatuh pada 16 Oktober, Li berkata, dasar pembaharuan dan pintu terbuka mula diamalkan dari kawasan desa pada 30 tahun yang lalu. Dalam tempoh 30 tahun tersebut, jumlah pengeluaran bijirin di China meningkat kepada 600 juta tan daripada 300 tan.

"Kerajaan China mementingkan pertanian dan berusaha mewujudkan mampu diri dalam bijirin. Dengan memanfaatkan sumber tanah pertanian dan air tawar yang tarafnya lebih rendah daripada paras purata dunia, China berjaya menyelesaikan masalah kekurangan makanan bagi hampir 20% populasi dunia. Walau bagaimanapun, kami akan terus mengintensifkan pembangunan pertanian yang berkecekapan tinggi, di samping memperhebat usaha melindungi ekologi."

Kini, terdapat lebih 800 juta orang hidup dalam kemiskinan di seluruh dunia, yang menghadapi masalah kekurangan makanan dan malnutrisi. Usaha menggalakkan pembangunan pertanian, membasmi kemiskinan dan kebuluran tetap merupakan cabaran besar kepada dunia dan tanggungjawab bersama bagi manusia. Li menyeru masyarakat antarabangsa berganding bahu, menaruh perhatian pada keperluan negara membangun, terutamanya negara miskin.

"Kami bersedia berkongsi teknologi, pengalaman dan corak pembangunan pertanian dengan negara lain. Padi kacukan China telah memberi manfaat kepada beberapa banyak negara. Dalam lima tahun akan datang, China akan menyumbang USD 50 juta kepada FAO bagi menggerakkan kerjasama pertanian Selatan-Selatan, serta memberi sokongan kepada FAO dan Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian (IFAD)."

Jose Graziano da Silva memuji pencapaian China dalam bidang keselamatan bijirin dan pembasmian kemiskinan serta sokongan terhadap FAO.

"Kami tahu China berjaya mengatasi cabaran keselamatan bijirin selepas dimaklumkan China berjaya mewujudkan peningkatan pengeluaran bijiran selama 11 tahun berturut-turut. Pada bulan Jun lalu, FAO memuji China kerana merealisasikan Matlamat Pembangunan Milenium dengan lebih awal."

Meskipun menghadapi banyak kesukaran dalam pembangunan pertanian, namun China bergantung pada kemampuannya sendiri bagi menyelesaikan masalah makanan, dan bersedia berusaha bersama-sama negara lain untuk mencapai pembangunan lestari di dunia yang tanpa kebuluran dan kemiskinan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China