Cari:
Cetak Biru Pentadbiran Negara Ikut Undang-Undang Semakin Jelas
2014-10-22 16:00:43 CRI Cetak

Sidang pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat ke-18 Parti Komunis China (PKC) sedang diadakan di Beijing. Pentadbiran negara mengikut undang-undang yang menjadi fokus dalam persidangan penting PKC itu, turut menarik perhatian umum. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, lebih 50 orang pegawai peringkat menteri telah dilucutkan jawatan. Ini mencerminkan iltizam kumpulan pemimpin baharu China untuk membanteras gejala rasuah, yang juga menjadi tumpuan media asing.

Dua bulan yang lalu, Jawatankuasa Pusat PKC memutuskan akan menjalankan siasatan atas kes rasuah mantan ahli tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Zhou Yongkang. Sementara itu, tema sidang pleno ke-4 iaitu pentadbiran negara mengikut undang-undang juga diumumkan. Kedua-dua perkara tersebut dipandang oleh media dan sarjana sebagai komitmen parti pemerintah untuk membanteras gejala rasuah.

Profesor Li Chengyan dari Fakulti Pentadbiran Kerajaan Universiti Peking berkata bahawa sebarang gerakan pembaharuan dan perjuangan membanteras rasuah akan mendorong perkembangan sistem dan penguatkuasaan undang-undang, kerana usaha tersebut akan mendedahkan beberapa masalah yang perlu ditangani. Ini nescaya akan memperhebat penguatkuasaan undang-undang.

Menurut pendapat umum, sistem antirasuah akan menjadi tumpuan sidang pleno kali ini. Ketua pengarah Jabatan Penyelidikan Pentadbiran Awam, Akademi Pentadbiran China, Zhu Lijia berpendapat bahawa dengan menganggap Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat PKC sebagai tanda, usaha antirasuah perlu ditingkatkan daripada hanya merawat "simptom" kepada membasmi akarnya, iaitu mencegah rasuah. Ini bermakna perlunya pelaksanaan undang-undang yang lebih ketat untuk mengawal penggunaan kuasa dengan lebih baik dan mencegah pegawai terjebak dalam rasuah. Dalam tempoh setahun yang lalu, kerajaan China sudah memperoleh banyak pengalaman dalam proses membanteras rasuah. Seterusnya, undang-undang dan peraturan berkenaan akan digubal untuk mencegah gejala rasuah dan menstandardkan penggunaan hak awam.

Seiring dengan pembangunan sosioekonomi, penguatkuasaan undang-undang China juga berkembang secara berterusan. Sistem undang-undang sosialis yang bercirikan China sudah terbentuk. Zhu Lijia berpendapat bahawa menjunjung kedaulatan undang-undang merupakan kunci bagi pentadbiran negara mengikut undang-undang. Hanya dengan cara ini barulah masyarakat akan tenteram, stabil dan harmoni.

Sidang pleno ke-4 itu akan berakhir esok. Dokumen yang diluluskan dalam sidang itu akan mencerminkan persepakatan pemimpin parti pemerintah dan pasti menjadi peta garisan yang lebih jelas bagi cetak biru pentadbiran negara mengikut undang-undang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China