Cari:
China Berikan Bantuan Pusingan Ke-4 untuk Tangani Wabak Ebola di Afrika
2014-10-25 15:34:51 CRI Cetak

Kerajaan China akan memberikan bantuan pusingan ke-4 kepada negara-negara Afrika Barat untuk menangani wabak Ebola. Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menemui rakan sejawatnya dari Tanzania, Jakaya Mrisho Kikwete di Beijing semalam.

Xi Jinping dalam pertemuan itu berkata, wabak Ebola yang masih merebak di rantau Afrika Barat memberikan ancaman kepada nyawa rakyat Afrika, pembangunan sosioekonomi tempatan dan kesihatan awam global. Kerajaan China memutuskan untuk memberikan bantuan kecemasan pusingan ke-4 kepada tiga negara Afrika, iaitu Liberia, Sierra Leone dan Guinea serta pertubuhan antarabangsa untuk membantu menangani penularan wabak tersebut. Bantuan itu termasuk barangan dan wang yang bernilai RMB 500 juta. Selain itu, China juga akan menghantar lebih ramai anggota perubatan, di samping membantu mendirikan pusat perubatan di Liberia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China